Penerbitan Marabahaya Underground

Marabahaya Underground diarahkan oleh Helmi Yusof,[6] yang dikenali menerusi karya arahannya seperti Bikers Kental (2013) dan Bo-Peng (2016). Cat Farish berkhidmat sebagai pengarah bersama dan penerbit, serta kembali melakonkan watak Loyai yang pernah dilakonkannya dalam filem Impak Maksima (2007). Ia juga menandakan filem sulung arahan Cat.[4][7] Penerbitan filem ini mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perak dan Tourism Perak.[8]

Untuk filem ini, menurut Cat, ia menampilkan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Suntingan menggunakan teknik terkini juga dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.[4] Ia juga menampilkan lebih 10 lagu hip hop yang baharu daripada artis hip hop underground. Marabahaya Underground menandakan kerjasama sulung Hazama Azmi dan Joey Daud.[8] Ia juga menandakan penampilan sulung MK, ahli kumpulan rap K-Clique di layar lebar.[4] Barisan pelakon lain termasuk Jasmine Suraya Chin, Santesh Kumar, Dayana Roza dan Scha Elinnea. Wahid Senario, Hamdan Ramli, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek. Pelumba supercar negara, Zen Low; pelumba negara, Keifli Othman; drifter, Jian Hui Wong dan pelumba rali, Faizal Alang membuat penampilan khas.[4]

Hazama, yang memegang watak Chon meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang melakukan aksi drifting dalam Marabahaya Underground, sambil berkata: "Dalam banyak-banyak filem lakonan saya, filem Marabahaya Underground merupakan filem pertama yang memberi peluang kepada saya untuk melakukan aksi sedemikian. Nampak macam senang, tapi susah sebenarnya".[9] Joey Daud memegang watak Shah Dhani. Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi ialah berlari ketika bulan puasa, sambil menjelaskan: "Cabaran yang pertama adalah puasa. Gila puasa-puasa kena lari, kemudian buat drift... dahsyat!".[10]

Kos pembikinan filem ini dianggarkan sebanyak RM2 juta termasuk dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk pembikinan. Menurut Cat, proses suntingan jalan cerita dilakukan sebanyak 50 kali. Helmi Yusof pada mulanya ingin mengarahkan filem ini, namun menarik diri kerana komitmen lain. Beliau kemudian mengambil alih tugas pengarahan daripada Helmi dan menggunakan wang simpanan sendiri untuk filem ini".[11]

Penggambaran

Penggambaran sebahagiannya dijalankan di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh, Perak pada Mei dan Jun 2019 semasa bulan Ramadan. Lokasi penggambaran lain termasuk Gopeng, Tanjung Tualang, Teluk Intan, Batu Gajah, Johor, Cameron Highlands dan Genting Highlands.[8] Untuk adegan drift di Kuala Lumpur, jelas Cat, ia merupakan proses yang agak sukar untuk dilaksanakan semasa tempoh penggambaran.[12]

Muzik

Lagu tema filem ini, "Velocity" dipersembahkan oleh Operahaus, Lil J, Orga, Beeman, Malik Abdullah dan Eddie G. Ia dikeluarkan pada 3 Disember 2021 oleh Rocketfuel Entertainment.[13]

Rujukan

WikiPedia: Marabahaya Underground http://www.imdb.com/title/tt16265566/ http://www.sukafilem.net/2019/05/marabahaya-underg... https://gempak.com/berita-terkini/berlari-ketika-b... https://gempak.com/berita-terkini/cat-farish-berla... https://gempak.com/berita-terkini/filem-marabahaya... https://gempak.com/berita-terkini/fuh-lain-macam-v... https://gempak.com/berita-terkini/hazama-teruja-da... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://trendgrnd.com/marabahaya-underground-premi... https://www.cinema.com.my/articles/features_detail...